Selamat Datang...

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Mencari Kepastian

“Hai, boleh saya duduk di sini?"

“Eh, boleh. Silakan.”

Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki bertanyakan sama ada dia boleh menumpang duduk semeja sementara menunggu meja yang lain kosong. Aku membenarkannya menyertaiku setelah melihat tempat-tempat yang lain juga sudah penuh. Aku sendirian ketika itu sementara menunggu seorang kawan perempuan yang masih belum muncul-muncul. Aku berbual-bual seketika dengannya.

“Saya Hakim. Awak?”

“Saya Risa.”

“Awak tunggu siapa?”

“Saya tunggu kawan.”

“Lelaki?”

“Tak la. Perempuan. Ha, tu pun dia!”

“Ok la. Saya minta diri dulu. Maaf, mengganggu.”

“Tak apa.”

Bakal menginjak ke usia 40-an dua tahun lagi. Aku masih lagi membujang. Sudah menjadi kebiasaan dalam seminggu, dua tiga kali aku singgah di Restoran Bumi Hijau untuk minum petang sebelum pulang ke rumah dari tempat kerja. Aku baru memulakan salam perkenalan dengan seorang lelaki di restoran itu yang berdekatan dengan rumahku.

Namanya Hakim. Hakim bin Lokman. Boleh dikatakan aku tertarik dengan penampilan dan sikapnya yang gentleman. Dia berusia 50 tahun dengan pengalaman hampir 30 tahun sebagai seorang anggota tentera. Tak banyak yang aku tahu mengenai dirinya kerna pertemuan kami dulu yang singkat.

Selepas pertemuan kami yang pertama, tanpa dirancang aku bertemu lagi dengannya pada minggu yang berikutnya di waktu dan tempat yang sama. Kali ini aku cuba memulakan perbualan dan kami lebih mesra.

“Hai, dah lama ke kat sini?”

“Eh, tak la lama. Baru juga.”

“Boleh saya duduk semeja?”

“Boleh. Silakan.”

“Selalu ke datang sini?”

“Saya memang selalu datang sini. Dah jadi macam tempat bersantai.”

“Eh, sama la. Saya pun selalu datang sini.”

“Saya tahu. Saya selalu nampak Risa. Risa je yang tak perasankan saya.”

“Eh, ye ke. Maaf la saya tak perasan.”

“Hakim selalu datang sorang ke? Tak bawa anak isteri?”

“Saya duda anak dua. Anak saya sorang dah kahwin. Sorang lagi belajar di luar negara. Jadi, sekarang saya tinggal sorang diri.”

Setelah menjamah hidangan terakhir, Hakim mengiringiku ke kereta hinggalah aku hilang dari pandangannya.

Tiga hari kemudian, aku terserempak lagi dengan Hakim di tempat yang sama buat kali ketiga. Kali ini dia bercerita mengenai bekas isterinya dengan pelbagai perasaan yang terbuku di hati. Dia ditinggalkan oleh isterinya pada usia perkahwinan mereka mencecah lebih 20 tahun.

“Suatu hari apabila pulang dari tempat kerja, isteri saya sudah menghilangkan diri dengan beberapa helai pakaian.”

“Apa puncanya?”

“Saya pun tak faham. Perkahwinan kami tak pernah dilanda masalah. Cuma ada berita yang mengatakan bahawa isteri saya ada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang lebih muda.”

“Sabarlah, Hakim. Saya dapat merasakan kesedihan yang awak alami. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.” Aku cuba menenangkan Hakim.

“Saya tak pernah menyangka perkara ini akan terjadi dalam hidup saya.”

Terleka mendengar ceritanya, aku terpaksa meminta diri untuk pulang kerana telah berjanji dengan seorang kawan yang mahu datang ke rumah atas urusan perniagaan. Seperti biasa, dia menghantar aku hingga ke kereta.

Sejak dari itu, aku seringkali berjumpa dengan Hakim tanpa dirancang. Kebanyakan masa kami habiskan dengan bercerita mengenai kisah hidupnya. Aku merasakan yang hidupnya terlalu sunyi. Dia tiada tempat untuk mengadu dan mencurahkan segala-galanya yang terpendam di lubuk hatinya. Aku pula tidak tahu mengapa aku begitu asyik mendengar dan terus mendengar. Tiada apa-apa saranan yang kuberi kepada Hakim. Sekadar hanya menjadi pendengar yang setia. Aku kasihan padanya. Sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan yang disimpan di hatinya.

Aku sudah mulai jatuh hati padanya kerna seringkali bertemu. Namun Hakim tidak pula menunjukkan sebarang reaksi. Padahal sudah banyak hal peribadinya yang dikongsi bersama. Hakim tidak pernah meminta nombor telefon atau mengajak aku keluar. Tapi dia mengaku gembira apabila bertemu denganku. Senyuman tidak lekang dari bibirnya apabila tidak bercerita tentang bekas isterinya.

“Haruskah aku terus mengunjungi kafe itu atau tidak singgah lagi di situ? Jika benar ada cinta dan rindu, sudah tentu dia akan sedar dan akan mencari aku.”Kuyakinkan hatiku.

Aku tidak akan teragak-agak untuk menjadi temannya jika Hakim terlebih dahulu membuka mulut. Aku tidak mahu mendesak. Aku juga tidak mahu kelihatan seperti seorang perempuan yang terlalu terdesak kerana belum bertemu jodoh. Takut nanti dikatakan seperti perigi mencari timba pula. Adakah aku dipermainkan atau aku yang sengaja memperbodoh-bodohkan diri sendiri? Aku semakin keliru.

“Ya, aku tekad untuk tidak mengunjungi kafe itu lagi. Aku ingin menguji dirinya.”Bentak hatiku.

Sudah tiga minggu aku tidak ke Restoran Bumi Hijau. Benarlah sangkaanku bahawa aku hanya dipermainkan. Hakim menjadikan aku seperti tempat untuk dia melepaskan perasaan sedih yang terbuku. Aku pasrah dengan apa yang berlaku. Semoga Tuhan memberikan kebahagiaan kepadanya setelah mengalami penderitaan dan dugaan.

“Kring! Kring!”Ku tersentak. Telefon bimbitku berbunyi.

“Assalamualaikum. Risa, awak buat apa sekarang? Kita keluar nak tak?”Rupa-rupanya kawanku Lili yang menelefonku.

“Waalaikumsalam. Lepak-lepak kat rumah je. Eh, boleh juga! Pukul berapa ye? Nak pergi mana?”

“Pukul dua tau. Kita pergi Ipoh Parade. Jalan-jalan dan shopping. Nanti aku ambil kau tau.”

“Ok. Aku tunggu.”

Aku bersiap-siap untuk keluar dengan Lili lagi dua jam. Mudah-mudahan masalah yang membelenggu dapat aku lupakan walaupun sekejap.

“Pon! Pon!

Lili sudah sampai di hadapan rumah. Aku bergegas menuju ke keretanya setelah memberitahu ibuku yang aku ingin keluar. Kami menuju ke destinasi yang dirancang.

“Risa!” Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil namaku dari arah belakang ketika aku berjalan-jalan bersama Lili. Aku menoleh untuk mendapatkan kepastian.

“Hakim! Awak buat apa kat sini?”Aku terkejut dengan kehadiran Hakim tanpa disangka.

“Saya nak jumpa Risa.”

“Saya? Macam mana awak tau saya ada kat sini?”Aku semakin gementar tetapi ku sembunyikan perasaan itu.

“Sebenarnya, aku yang bagitau.”Lili mencelah.

“Saya yang minta Lili temukan saya dengan Risa semasa saya bertemu dia di kafe. Saya nak bagitau awak sesuatu.”

“Apa dia?”

“Boleh saya bercakap dengan Risa berdua?”Pinta Hakim sambil menjeling ke arah Lili mengharapkan pengertian.

“Aku masuk Guardian dulu ye Risa. Nak cari perfume.”Lili seakan-akan memahami kehendak Hakim.

“Ha, ok.” Perasaanku semakin gusar dan tak menentu. Namun dapat kukawal.

“Boleh kita duduk di sini?” Hakim menunjukkan kerusi yang sudah sedia ada di dalam Ipoh Parade.

“Boleh. Apa yang awak nak cakap?” Aku bertanya kepada Hakim sambil duduk.

“Bekas isteri saya mahu kembali kepada saya.”

“Ha, ye ke. Awak mahu terima dia?” Aku cuba menyembunyikan perasaan sedihku.

“Sukar untuk saya membuat keputusan.”

“Kenapa?”

“Hati saya tiada lagi padanya. Saya sudah mula cintakan seseorang.”

“Cintakan seseorang? Kenapa awak tak bagitau saja pada orang yang awak cinta tu yang awak sukakan dia?” Aku semakin pilu.

“Saya bimbang jika cinta saya ditolak. Saya takut peristiwa lama berulang kembali. Orang itu juga seperti mahu menjauhkan diri dari saya.”

“Tak semua perempuan sama macam bekas isteri awak. Awak perlu berani bertanya. Kalau tak awak tak akan tahu perasaan dia terhadap awak.”

“Baiklah. Sekarang juga saya akan bertanya.”

“Perempuan tu ada kat sini ke? Lili?” Aku semakin keliru.

“Ya. Dia ada dekat dengan saya. Di hadapan saya.”

“Ha, saya?” Aku bingung.

“Iye, kau la. Hakim dah bagitau tujuan dia nak jumpa dengan kau kat aku.” Lili menyampuk.

Ya Allah, benarkah apa yang kudengar ini atau ini hanya sekadar mimpi? Mimpi di alam nyata. Atau hanya sekadar lamunanku saja. Sedarkanlah aku untuk mempercayai semua ini agar dapatku mencari kepastian.


Monday, August 2, 2010

Orang Yang Palingku Sayang

Peristiwa ni berlaku 2 tahun yang lalu. Kawan aku mengimbas kembali apa yang berlaku.
Kawan aku terserempak dengan abah di sekolah semasa pilihanraya sedang diadakan. Dalam keadaan penat membantu menjaga tempat peti undi, abah tetap nampak ceria. Abah yang selama ini agak pemalu orangnya, menegur kawanku itu.
“Husna, mari sini!”
“Apa dia, pak cik?”
“Nak tengok gambar girlfriend pak cik tak?”
“Isyh, pak cik biar betul ni?” Husna agak hairan.
“Betul la. Ini la orang yang sangat pak cik sayang.” Sambil menunjukkan gambar yang diletakkan di dalam dompetnya.
Nak tahu tak gambar siapa? Fikir la sendiri ye. Sedih la nak cerita.
Abah,orang pun simpan gambar abah, orang yang palingku sayang dalam dompet. Huhu..~
Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
~Al-Fatihah.~

Mandi Tak Sabun

Aku, mak dan kakak pergi melihat kebun kami yang terletak berhampiran dengan rumah abang. Abangku, Yang membawa anaknya, Amin bersama ke kebun. Kakakku yang suka bergurau bertanyakan satu soalan kepada Amin.
“Amin! Amin dah mandi?”
“Dah.”
“Betul ke, Amin dah mandi ni? Tapi kenapa bau busuk je ni?
“Dah mandi la. Cuma tak sabun je.”
“Ha, tak sabun?”
***

Kawan

Suatu hari, aku datang ke rumah kakakku, Nurul untuk berjumpa dengan anak buah kesayanganku, Aisyah. Aku meminta Aisyah menyanyikan lagu yang baru diajar oleh mamanya. Aisyah pun menyanyikan sebuah lagu dengan penuh gaya dan perasaan.
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Lalu, aku menyambung satu lagi baris ikut suka aku dan menyuruh Aisyah menyambungnya.
“Tak ada orang nak ka???”
Aisyah menyambung,“Win.”
**Senikata sebenarnya: “Tak ada orang nak kawan.” =)

Coklat Lolipop

Nurul baru habis bekerja, mahu mengambil Aisyah di taska belakang pejabatnya. Sampai-sampai sahaja di taska, Aisyah sudah berada di hadapan pintu gate. Apabila berada di rumah, Aisyah mengeluarkan sebatang coklat lolipop dari beg baju pakaiannya. Dia menyuruh mamanya membuka coklat itu.
“Mama, kawan Aisyah, Mira bagi coklat tadi. Tolong bukakan.”
Lalu, Nurul membuka coklat itu sambil menasihati Aisyah,”Aisyah jangan makan coklat, nanti gigi rosak.”
Sambil menghisap-hisap coklat itu, Aisyah berkata,”Mama, Aisyah tak makan la coklat ni, Aisyah hisap je.”
??? Hahaha..

Lagu Coklat

Aisyah seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Sebelum mamanya, Nurul menghantar Aisyah ke taska, dia akan merengek-rengek meminta dibelikan coklat. Nurul risau gigi Aisyah akan rosak apabila selalu memakan coklat. Suatu hari, Nurul terfikir untuk menyanyikan sebuah lagu yang akan menyebabkan Aisyah tidak selalu meminta dibelikan coklat. Lalu tiap-tiap pagi sebelum ke taska , dia akan menyanyikan lagu tersebut.
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Sejak dari itu, Aisyah tidak gemar makan coklat.

Bibirku

Adoi, sakitnya bibirku!! =(

Tu la.. Padan muka aku. Dah tahu bibir tu sensitif, nak juga pakai lipstik. Sebab ikut kawan-kawan pakai la masa nak pergi Perpustakaan Negara, Jumaat lepas. Aku pun sibuk nak pakai juga. Lepas tu makan kerang pula semalam, lagi la bengkak jadinya. Tengahari tadi makan sotong. Lagi la gatal bibirku. Semakin membengkak. Selongkar laci dalam bilik, nasib baik ada ubat elergik yang aku simpan untuk persediaan bila terjadi perkara macam ni. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sebab sebelum ni pun banyak kali dah terjadi. Letak je ubat tu kat bibir, terus rasa lega sikit walaupun mula-mulanya rasa pedih yang amat sangat. Tapi yang paling merisaukan aku, macam mana aku nak rakam video untuk tugasan yang Dr. Normaliza bagi. Dr. cakap, mesti penuh perasaan masa nak nyanyi nanti. Kalau tak, markah pun kurang la. Tapi, bibirku tak boleh bergerak. Nak sebut huruf u dan o pun tak boleh. Tak boleh nak bundarkan mulut. Minta-mintalah esok bibirku akan bertambah sembuh. Amin..

Saturday, July 31, 2010

Enjin 2

Nak balik UPM!! Malasnya.. Dah la kena drive 4 jam. First time pula tu. Huhu.. Berdebar-debar pula rasanya. Aku rasa macam tak yakin pula. Takut tersesat. Selama ni balik naik bas je. Tak pun tumpang abangku, Yang yang kerja kat KL. Dengan sambil lewanya aku mengemas barang-barang masuk ke dalam kereta. Sengaja mahu melambatkan masa walaupun pada waktu tu Bam dah tunggu kat stesen bas nak tumpang sekali balik UPM. Huh, kenapa berat sangat hati nak balik ni?
Lepas salam mak, aku pun bergerak menuju ke stesen bas Medan Kid ambil Bam. Aku tahu Bam mesti bengang dengan aku walaupun tak nampak dari reaksi mukanya. Macam lagu Bengang nyanyian Akim tu. Huhu.. Aku pun meneruskan perjalanan untuk memasuki lebuhraya. Tapi tiba-tiba aku terdengar bunyi yang asing pada keretaku. Mula la aku tak sedap hati. Ah, mungkin hanya perasaanku je kot. Lalu, kuteruskan lagi perjalanan. Alamak, temperature naik la pula! Apasal pula ni? Cepat-cepat aku cari tempat yang selamat untuk berhentikan kereta. Nasib baik ada stesen minyak Shell yang berdekatan. Sampai-sampai je, kereta terus terhenti sendiri. Apa lagi, aku pun buka la enjin kereta. Berkepul-kepul asap yang keluar. Aku telefon kakakku, Nora minta pertolongan. Tapi yang datang abangku, Yeop yang waktu tu sedang bekerja. Nora pun datang juga tapi lambat sikit je. Bila diperiksa, rupa-rupanya saluran tangki air bocor. Terpaksa la hantar ke bengkel. Patut la aku rasa tak sedap hati nak balik, rupa-rupanya ada benda nak berlaku. Nasib baik tak masuk highway lagi. Tak jadi la aku balik hari tu, balik keesokan harinya. Mak aku ikut sekali, lepas tu abangku, Yang hantar mak balik Ipoh. Best betul!! Huhu.. Sayang mak!!~
Terima kasih, kakak dan abang-abangku. Jasamu amat kukenang. =)

Enjin 1

Cuti semester yang lalu, aku membawa mak dan Aisyah ke Jaya Jusco, Ipoh. Kasihan mak sebab terpaksa ikut aku nak cari buku. Bukan aku yang paksa ikut, dia yang nak temankan aku. Bila dia dah tak larat nak jalan, almaklumlah sakit kaki, aku pun cari kerusi untuk dia duduk. Masa nak balik, tiba-tiba kereta tak boleh nak start pula. Aku pun telefon abangku, Yeop untuk minta tolong. Dia datang naik motor je sebab nak cepat. Dah la waktu tu hujan. Dia pula demam. Aku berasa serba salah. Dalam hujan-hujan tu, Yeop tolak kereta dan aku try la start enjin. Tapi tak mahu juga. Lastly, Yeop pergi workshop dan beli bateri baru. Barulah kereta aku tu boleh start. Rupa-rupanya bateri kereta aku memang dah kering. Lepas dari kejadian tu, aku belajar macam mana nak tengok bateri kereta. Sekarang dah tahu dah.. =)
Thanks my brother, aku sangat-sangat terharu. Sanggup meredah hujan keranaku. Macam orang yang aku paling sayang dulu.
Tiba-tiba teringat kat arwah abah..huhu~

Enjin Kereta

Hari ni aku check enjin kereta. Huhu.. Macam hebat je bunyinya. Kawan aku pun cakap macam tu. Mungkin sebab diorang belum punya kereta sendiri lagi kot. Jadi, tak perlu nak tahu sekarang. Tapi rasanya kebanyakan orang yang ada kereta tahu pasal ni. Alah, check 4 perkara yang asas je;
1)Minyak hitam,
2)Minyak brek,
3)Bateri, dan
4)Tangki air.
Masa tengah memeriksa 4 perkara tu, aku teringat dua peristiwa yang memang tak boleh dilupakan seumur hidup dan membuatkan aku lebih berhati-hati pada masa akan datang. Nak tahu apa ceritanya, kena la baca kisah Enjin 1 dan Enjin 2. =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih

Lagu Blog