“Hai, boleh saya duduk di sini?"
“Eh, boleh. Silakan.”
Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki bertanyakan sama ada dia boleh menumpang duduk semeja sementara menunggu meja yang lain kosong. Aku membenarkannya menyertaiku setelah melihat tempat-tempat yang lain juga sudah penuh. Aku sendirian ketika itu sementara menunggu seorang kawan perempuan yang masih belum muncul-muncul. Aku berbual-bual seketika dengannya.
“Saya Hakim. Awak?”
“Saya Risa.”
“Awak tunggu siapa?”
“Saya tunggu kawan.”
“Lelaki?”
“Tak la. Perempuan. Ha, tu pun dia!”
“Ok la. Saya minta diri dulu. Maaf, mengganggu.”
“Tak apa.”
Bakal menginjak ke usia 40-an dua tahun lagi. Aku masih lagi membujang. Sudah menjadi kebiasaan dalam seminggu, dua tiga kali aku singgah di Restoran Bumi Hijau untuk minum petang sebelum pulang ke rumah dari tempat kerja. Aku baru memulakan salam perkenalan dengan seorang lelaki di restoran itu yang berdekatan dengan rumahku.
Namanya Hakim. Hakim bin Lokman. Boleh dikatakan aku tertarik dengan penampilan dan sikapnya yang gentleman. Dia berusia 50 tahun dengan pengalaman hampir 30 tahun sebagai seorang anggota tentera. Tak banyak yang aku tahu mengenai dirinya kerna pertemuan kami dulu yang singkat.
Selepas pertemuan kami yang pertama, tanpa dirancang aku bertemu lagi dengannya pada minggu yang berikutnya di waktu dan tempat yang sama. Kali ini aku cuba memulakan perbualan dan kami lebih mesra.
“Hai, dah lama ke kat sini?”
“Eh, tak la lama. Baru juga.”
“Boleh saya duduk semeja?”
“Boleh. Silakan.”
“Selalu ke datang sini?”
“Saya memang selalu datang sini. Dah jadi macam tempat bersantai.”
“Eh, sama la. Saya pun selalu datang sini.”
“Saya tahu. Saya selalu nampak Risa. Risa je yang tak perasankan saya.”
“Eh, ye ke. Maaf la saya tak perasan.”
“Hakim selalu datang sorang ke? Tak bawa anak isteri?”
“Saya duda anak dua. Anak saya sorang dah kahwin. Sorang lagi belajar di luar negara. Jadi, sekarang saya tinggal sorang diri.”
Setelah menjamah hidangan terakhir, Hakim mengiringiku ke kereta hinggalah aku hilang dari pandangannya.
Tiga hari kemudian, aku terserempak lagi dengan Hakim di tempat yang sama buat kali ketiga. Kali ini dia bercerita mengenai bekas isterinya dengan pelbagai perasaan yang terbuku di hati. Dia ditinggalkan oleh isterinya pada usia perkahwinan mereka mencecah lebih 20 tahun.
“Suatu hari apabila pulang dari tempat kerja, isteri saya sudah menghilangkan diri dengan beberapa helai pakaian.”
“Apa puncanya?”
“Saya pun tak faham. Perkahwinan kami tak pernah dilanda masalah. Cuma ada berita yang mengatakan bahawa isteri saya ada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang lebih muda.”
“Sabarlah, Hakim. Saya dapat merasakan kesedihan yang awak alami. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.” Aku cuba menenangkan Hakim.
“Saya tak pernah menyangka perkara ini akan terjadi dalam hidup saya.”
Terleka mendengar ceritanya, aku terpaksa meminta diri untuk pulang kerana telah berjanji dengan seorang kawan yang mahu datang ke rumah atas urusan perniagaan. Seperti biasa, dia menghantar aku hingga ke kereta.
Sejak dari itu, aku seringkali berjumpa dengan Hakim tanpa dirancang. Kebanyakan masa kami habiskan dengan bercerita mengenai kisah hidupnya. Aku merasakan yang hidupnya terlalu sunyi. Dia tiada tempat untuk mengadu dan mencurahkan segala-galanya yang terpendam di lubuk hatinya. Aku pula tidak tahu mengapa aku begitu asyik mendengar dan terus mendengar. Tiada apa-apa saranan yang kuberi kepada Hakim. Sekadar hanya menjadi pendengar yang setia. Aku kasihan padanya. Sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan yang disimpan di hatinya.
Aku sudah mulai jatuh hati padanya kerna seringkali bertemu. Namun Hakim tidak pula menunjukkan sebarang reaksi. Padahal sudah banyak hal peribadinya yang dikongsi bersama. Hakim tidak pernah meminta nombor telefon atau mengajak aku keluar. Tapi dia mengaku gembira apabila bertemu denganku. Senyuman tidak lekang dari bibirnya apabila tidak bercerita tentang bekas isterinya.
“Haruskah aku terus mengunjungi kafe itu atau tidak singgah lagi di situ? Jika benar ada cinta dan rindu, sudah tentu dia akan sedar dan akan mencari aku.”Kuyakinkan hatiku.
Aku tidak akan teragak-agak untuk menjadi temannya jika Hakim terlebih dahulu membuka mulut. Aku tidak mahu mendesak. Aku juga tidak mahu kelihatan seperti seorang perempuan yang terlalu terdesak kerana belum bertemu jodoh. Takut nanti dikatakan seperti perigi mencari timba pula. Adakah aku dipermainkan atau aku yang sengaja memperbodoh-bodohkan diri sendiri? Aku semakin keliru.
“Ya, aku tekad untuk tidak mengunjungi kafe itu lagi. Aku ingin menguji dirinya.”Bentak hatiku.
Sudah tiga minggu aku tidak ke Restoran Bumi Hijau. Benarlah sangkaanku bahawa aku hanya dipermainkan. Hakim menjadikan aku seperti tempat untuk dia melepaskan perasaan sedih yang terbuku. Aku pasrah dengan apa yang berlaku. Semoga Tuhan memberikan kebahagiaan kepadanya setelah mengalami penderitaan dan dugaan.
“Kring! Kring!”Ku tersentak. Telefon bimbitku berbunyi.
“Assalamualaikum. Risa, awak buat apa sekarang? Kita keluar nak tak?”Rupa-rupanya kawanku Lili yang menelefonku.
“Waalaikumsalam. Lepak-lepak kat rumah je. Eh, boleh juga! Pukul berapa ye? Nak pergi mana?”
“Pukul dua tau. Kita pergi Ipoh Parade. Jalan-jalan dan shopping. Nanti aku ambil kau tau.”
“Ok. Aku tunggu.”
Aku bersiap-siap untuk keluar dengan Lili lagi dua jam. Mudah-mudahan masalah yang membelenggu dapat aku lupakan walaupun sekejap.
“Pon! Pon!
Lili sudah sampai di hadapan rumah. Aku bergegas menuju ke keretanya setelah memberitahu ibuku yang aku ingin keluar. Kami menuju ke destinasi yang dirancang.
“Risa!” Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil namaku dari arah belakang ketika aku berjalan-jalan bersama Lili. Aku menoleh untuk mendapatkan kepastian.
“Hakim! Awak buat apa kat sini?”Aku terkejut dengan kehadiran Hakim tanpa disangka.
“Saya nak jumpa Risa.”
“Saya? Macam mana awak tau saya ada kat sini?”Aku semakin gementar tetapi ku sembunyikan perasaan itu.
“Sebenarnya, aku yang bagitau.”Lili mencelah.
“Saya yang minta Lili temukan saya dengan Risa semasa saya bertemu dia di kafe. Saya nak bagitau awak sesuatu.”
“Apa dia?”
“Boleh saya bercakap dengan Risa berdua?”Pinta Hakim sambil menjeling ke arah Lili mengharapkan pengertian.
“Aku masuk Guardian dulu ye Risa. Nak cari perfume.”Lili seakan-akan memahami kehendak Hakim.
“Ha, ok.” Perasaanku semakin gusar dan tak menentu. Namun dapat kukawal.
“Boleh kita duduk di sini?” Hakim menunjukkan kerusi yang sudah sedia ada di dalam Ipoh Parade.
“Boleh. Apa yang awak nak cakap?” Aku bertanya kepada Hakim sambil duduk.
“Bekas isteri saya mahu kembali kepada saya.”
“Ha, ye ke. Awak mahu terima dia?” Aku cuba menyembunyikan perasaan sedihku.
“Sukar untuk saya membuat keputusan.”
“Kenapa?”
“Hati saya tiada lagi padanya. Saya sudah mula cintakan seseorang.”
“Cintakan seseorang? Kenapa awak tak bagitau saja pada orang yang awak cinta tu yang awak sukakan dia?” Aku semakin pilu.
“Saya bimbang jika cinta saya ditolak. Saya takut peristiwa lama berulang kembali. Orang itu juga seperti mahu menjauhkan diri dari saya.”
“Tak semua perempuan sama macam bekas isteri awak. Awak perlu berani bertanya. Kalau tak awak tak akan tahu perasaan dia terhadap awak.”
“Baiklah. Sekarang juga saya akan bertanya.”
“Perempuan tu ada kat sini ke? Lili?” Aku semakin keliru.
“Ya. Dia ada dekat dengan saya. Di hadapan saya.”
“Ha, saya?” Aku bingung.
“Iye, kau la. Hakim dah bagitau tujuan dia nak jumpa dengan kau kat aku.” Lili menyampuk.
Ya Allah, benarkah apa yang kudengar ini atau ini hanya sekadar mimpi? Mimpi di alam nyata. Atau hanya sekadar lamunanku saja. Sedarkanlah aku untuk mempercayai semua ini agar dapatku mencari kepastian.
cte ni wany yg tulis ke?best..^_^
ReplyDeleteYe, saya! Huhu..
ReplyDeleteTerima kasih, Fana.(^_^)
salam ziarah..
ReplyDeletecite sanGat besh...
enjoy ur writing...
Salam kunjungan..
ReplyDeleteTerima kasih, Apis'Z..
Banyak yang perlu saya pelajari lagi dalam dunia penulisan kreatif ni.
Berharap dapat menulis karya yang lebih baik pada masa akan datang..(^_^)