Sunday, November 7, 2010
Tuesday, October 26, 2010
Mencari Kepastian
“Hai, boleh saya duduk di sini?"
“Eh, boleh. Silakan.”
Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki bertanyakan sama ada dia boleh menumpang duduk semeja sementara menunggu meja yang lain kosong. Aku membenarkannya menyertaiku setelah melihat tempat-tempat yang lain juga sudah penuh. Aku sendirian ketika itu sementara menunggu seorang kawan perempuan yang masih belum muncul-muncul. Aku berbual-bual seketika dengannya.
“Saya Hakim. Awak?”
“Saya Risa.”
“Awak tunggu siapa?”
“Saya tunggu kawan.”
“Lelaki?”
“Tak la. Perempuan. Ha, tu pun dia!”
“Ok la. Saya minta diri dulu. Maaf, mengganggu.”
“Tak apa.”
Bakal menginjak ke usia 40-an dua tahun lagi. Aku masih lagi membujang. Sudah menjadi kebiasaan dalam seminggu, dua tiga kali aku singgah di Restoran Bumi Hijau untuk minum petang sebelum pulang ke rumah dari tempat kerja. Aku baru memulakan salam perkenalan dengan seorang lelaki di restoran itu yang berdekatan dengan rumahku.
Namanya Hakim. Hakim bin Lokman. Boleh dikatakan aku tertarik dengan penampilan dan sikapnya yang gentleman. Dia berusia 50 tahun dengan pengalaman hampir 30 tahun sebagai seorang anggota tentera. Tak banyak yang aku tahu mengenai dirinya kerna pertemuan kami dulu yang singkat.
Selepas pertemuan kami yang pertama, tanpa dirancang aku bertemu lagi dengannya pada minggu yang berikutnya di waktu dan tempat yang sama. Kali ini aku cuba memulakan perbualan dan kami lebih mesra.
“Hai, dah lama ke kat sini?”
“Eh, tak la lama. Baru juga.”
“Boleh saya duduk semeja?”
“Boleh. Silakan.”
“Selalu ke datang sini?”
“Saya memang selalu datang sini. Dah jadi macam tempat bersantai.”
“Eh, sama la. Saya pun selalu datang sini.”
“Saya tahu. Saya selalu nampak Risa. Risa je yang tak perasankan saya.”
“Eh, ye ke. Maaf la saya tak perasan.”
“Hakim selalu datang sorang ke? Tak bawa anak isteri?”
“Saya duda anak dua. Anak saya sorang dah kahwin. Sorang lagi belajar di luar negara. Jadi, sekarang saya tinggal sorang diri.”
Setelah menjamah hidangan terakhir, Hakim mengiringiku ke kereta hinggalah aku hilang dari pandangannya.
Tiga hari kemudian, aku terserempak lagi dengan Hakim di tempat yang sama buat kali ketiga. Kali ini dia bercerita mengenai bekas isterinya dengan pelbagai perasaan yang terbuku di hati. Dia ditinggalkan oleh isterinya pada usia perkahwinan mereka mencecah lebih 20 tahun.
“Suatu hari apabila pulang dari tempat kerja, isteri saya sudah menghilangkan diri dengan beberapa helai pakaian.”
“Apa puncanya?”
“Saya pun tak faham. Perkahwinan kami tak pernah dilanda masalah. Cuma ada berita yang mengatakan bahawa isteri saya ada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang lebih muda.”
“Sabarlah, Hakim. Saya dapat merasakan kesedihan yang awak alami. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.” Aku cuba menenangkan Hakim.
“Saya tak pernah menyangka perkara ini akan terjadi dalam hidup saya.”
Terleka mendengar ceritanya, aku terpaksa meminta diri untuk pulang kerana telah berjanji dengan seorang kawan yang mahu datang ke rumah atas urusan perniagaan. Seperti biasa, dia menghantar aku hingga ke kereta.
Sejak dari itu, aku seringkali berjumpa dengan Hakim tanpa dirancang. Kebanyakan masa kami habiskan dengan bercerita mengenai kisah hidupnya. Aku merasakan yang hidupnya terlalu sunyi. Dia tiada tempat untuk mengadu dan mencurahkan segala-galanya yang terpendam di lubuk hatinya. Aku pula tidak tahu mengapa aku begitu asyik mendengar dan terus mendengar. Tiada apa-apa saranan yang kuberi kepada Hakim. Sekadar hanya menjadi pendengar yang setia. Aku kasihan padanya. Sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan yang disimpan di hatinya.
Aku sudah mulai jatuh hati padanya kerna seringkali bertemu. Namun Hakim tidak pula menunjukkan sebarang reaksi. Padahal sudah banyak hal peribadinya yang dikongsi bersama. Hakim tidak pernah meminta nombor telefon atau mengajak aku keluar. Tapi dia mengaku gembira apabila bertemu denganku. Senyuman tidak lekang dari bibirnya apabila tidak bercerita tentang bekas isterinya.
“Haruskah aku terus mengunjungi kafe itu atau tidak singgah lagi di situ? Jika benar ada cinta dan rindu, sudah tentu dia akan sedar dan akan mencari aku.”Kuyakinkan hatiku.
Aku tidak akan teragak-agak untuk menjadi temannya jika Hakim terlebih dahulu membuka mulut. Aku tidak mahu mendesak. Aku juga tidak mahu kelihatan seperti seorang perempuan yang terlalu terdesak kerana belum bertemu jodoh. Takut nanti dikatakan seperti perigi mencari timba pula. Adakah aku dipermainkan atau aku yang sengaja memperbodoh-bodohkan diri sendiri? Aku semakin keliru.
“Ya, aku tekad untuk tidak mengunjungi kafe itu lagi. Aku ingin menguji dirinya.”Bentak hatiku.
Sudah tiga minggu aku tidak ke Restoran Bumi Hijau. Benarlah sangkaanku bahawa aku hanya dipermainkan. Hakim menjadikan aku seperti tempat untuk dia melepaskan perasaan sedih yang terbuku. Aku pasrah dengan apa yang berlaku. Semoga Tuhan memberikan kebahagiaan kepadanya setelah mengalami penderitaan dan dugaan.
“Kring! Kring!”Ku tersentak. Telefon bimbitku berbunyi.
“Assalamualaikum. Risa, awak buat apa sekarang? Kita keluar nak tak?”Rupa-rupanya kawanku Lili yang menelefonku.
“Waalaikumsalam. Lepak-lepak kat rumah je. Eh, boleh juga! Pukul berapa ye? Nak pergi mana?”
“Pukul dua tau. Kita pergi Ipoh Parade. Jalan-jalan dan shopping. Nanti aku ambil kau tau.”
“Ok. Aku tunggu.”
Aku bersiap-siap untuk keluar dengan Lili lagi dua jam. Mudah-mudahan masalah yang membelenggu dapat aku lupakan walaupun sekejap.
“Pon! Pon!
Lili sudah sampai di hadapan rumah. Aku bergegas menuju ke keretanya setelah memberitahu ibuku yang aku ingin keluar. Kami menuju ke destinasi yang dirancang.
“Risa!” Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil namaku dari arah belakang ketika aku berjalan-jalan bersama Lili. Aku menoleh untuk mendapatkan kepastian.
“Hakim! Awak buat apa kat sini?”Aku terkejut dengan kehadiran Hakim tanpa disangka.
“Saya nak jumpa Risa.”
“Saya? Macam mana awak tau saya ada kat sini?”Aku semakin gementar tetapi ku sembunyikan perasaan itu.
“Sebenarnya, aku yang bagitau.”Lili mencelah.
“Saya yang minta Lili temukan saya dengan Risa semasa saya bertemu dia di kafe. Saya nak bagitau awak sesuatu.”
“Apa dia?”
“Boleh saya bercakap dengan Risa berdua?”Pinta Hakim sambil menjeling ke arah Lili mengharapkan pengertian.
“Aku masuk Guardian dulu ye Risa. Nak cari perfume.”Lili seakan-akan memahami kehendak Hakim.
“Ha, ok.” Perasaanku semakin gusar dan tak menentu. Namun dapat kukawal.
“Boleh kita duduk di sini?” Hakim menunjukkan kerusi yang sudah sedia ada di dalam Ipoh Parade.
“Boleh. Apa yang awak nak cakap?” Aku bertanya kepada Hakim sambil duduk.
“Bekas isteri saya mahu kembali kepada saya.”
“Ha, ye ke. Awak mahu terima dia?” Aku cuba menyembunyikan perasaan sedihku.
“Sukar untuk saya membuat keputusan.”
“Kenapa?”
“Hati saya tiada lagi padanya. Saya sudah mula cintakan seseorang.”
“Cintakan seseorang? Kenapa awak tak bagitau saja pada orang yang awak cinta tu yang awak sukakan dia?” Aku semakin pilu.
“Saya bimbang jika cinta saya ditolak. Saya takut peristiwa lama berulang kembali. Orang itu juga seperti mahu menjauhkan diri dari saya.”
“Tak semua perempuan sama macam bekas isteri awak. Awak perlu berani bertanya. Kalau tak awak tak akan tahu perasaan dia terhadap awak.”
“Baiklah. Sekarang juga saya akan bertanya.”
“Perempuan tu ada kat sini ke? Lili?” Aku semakin keliru.
“Ya. Dia ada dekat dengan saya. Di hadapan saya.”
“Ha, saya?” Aku bingung.
“Iye, kau la. Hakim dah bagitau tujuan dia nak jumpa dengan kau kat aku.” Lili menyampuk.
Ya Allah, benarkah apa yang kudengar ini atau ini hanya sekadar mimpi? Mimpi di alam nyata. Atau hanya sekadar lamunanku saja. Sedarkanlah aku untuk mempercayai semua ini agar dapatku mencari kepastian.
Sunday, October 24, 2010
Maya
Hari ni kuliah terakhir BBK3408, Kesusasteraan dalam Multimedia bersama Dr. Arba'ie Sujud. Banyak pengalaman yang saya belajar sama ada di kuliah atau pun secara maya bersama Dr. Normaliza serta Cik Siti dan Puan Aishah sebelum kuliah terakhir ini. Sebelum saya mengambil subjek ini, banyak yang saya tidak tahu mengenai multimedia. Kini, saya dah tahu cara membuat kalendar bulanan dan laman web. Selain itu, saya juga sudah tahu membuat video dengan menggunakan windows movie maker. Powerpoint saya juga semakin baik dan kelihatan lebih menarik terutamanya apabila membuat presentation dalam kuliah. Pengalaman yang saya dapat ini akan dapat membantu saya dalam mendapatkan kerja apabila bergraduat nanti dan akan saya praktikkan dalam hidup saya. InsyaAllah.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Normaliza. Minta dihalalkan ilmu yang telah dicurahkan. Semoga suatu hari nanti kita akan dapat bertemu lagi. Amin. (^_^)
Monday, September 20, 2010
Jawapan Teka-teki 1 hingga 7
2) Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat.
3) Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. Maka ayam menjadi apa?Hairan.
4) Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pula?Kambing patah balik.
5) Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?Jadi basah.
6) Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan di tepinya sahaja, tengahnya tidak dimakan?Donat.
7) Dalam banyak-banyak cecair, cecair apa yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?Telur.
8) Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?Meter bas.
9) Masa kecil berkaki 4, bila besar berkaki 2 dan bila tua pula berkaki 3. Apakah itu?Manusia.
10) Apakah binatang yang paling kaya?Beruang.
11) Buah apakah yang mempunyai biji di luar?Buah gajus.
12) Buah tempatan apa yang ada susu? Tembikai susu.
13) Seorang buta nak menyeberang ke sebatang sungai tetapi jambatan telah roboh. Macam mana orang buta tu tahu dan patah balik?Orang buta tu hanya buta sebelah mata sahaja.
14) Di luar tentera, di dalam bomba. Apakah itu?Tembikai.
15) Bank apa yang mempunyai lambang pokok?BSN.
16) Apakah yang akan muncul dari dalam tanah apabila kiamat hampir tiba?Dajjal.
17) Apakah binatang yang berlingkar yang selalu ada di atas pokok?Ular.
18) Bangunan apa yang paling tinggi di dunia?Masjid.
19) Ikan apa yang suka sakit perut?Ikan kembong.
20) Buah apa yang banyak duri?Durian.
21) Rumah apakah yang berwarna putih?White house.
22) Van apakah yang paling orang geruni?Van mayat.
23) Binatang apa yang orang suka kaitkan dengan komputer?Tikus.
24) Bila kita berjalan, dia berjalan. Bila kita berlari, dia berlari. Bila kita berhenti, dia berhenti. Apa itu?Bayang-bayang.
25) Makanan apa yang selalu diseludup dari Siam?Beras Siam.
26) Buah apa apabila dibelah berbentuk seperti bintang?Belimbing.
27) Perkara apa kalau dah naik tak turun-turun lagi?Umur.
28) Mi apa yang boleh diletak ais?Milo.
29) Rumah apakah yang sentiasa berapi?Rumah api.
30) Keturunan apa yang sentiasa memakai baju berwarna kuning?Keturunan diraja.
31) Apakah benda yang selalu mati katak?Mat rempit.
32) Buah apakah yang tidak bertangkai?Buah hati.
33) Yang mengejar tidak berkaki, yang dikejar tiada berekor. Apakah itu?Ular dan katak.
34) Benda apakah yang akan naik bila hujan turun?Payung.
35) Benda apakah yang dilempar hidup, bila dipegang mati?Gasing.
Saturday, August 7, 2010
BBK 3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia
Friday, August 6, 2010
Monday, August 2, 2010
Hari Lahir
Ya, Allah! Kirimkanlah doaku kepadanya. Agar dia mendapat keberkatan dan kesejahteraan di sana. Amin Ya Rabbal Alamin.
~Doakanlah ibubapa anda sentiasa.~
Orang Yang Palingku Sayang
Kawan aku terserempak dengan abah di sekolah semasa pilihanraya sedang diadakan. Dalam keadaan penat membantu menjaga tempat peti undi, abah tetap nampak ceria. Abah yang selama ini agak pemalu orangnya, menegur kawanku itu.
“Husna, mari sini!”
“Apa dia, pak cik?”
“Nak tengok gambar girlfriend pak cik tak?”
“Isyh, pak cik biar betul ni?” Husna agak hairan.
“Betul la. Ini la orang yang sangat pak cik sayang.” Sambil menunjukkan gambar yang diletakkan di dalam dompetnya.
Nak tahu tak gambar siapa? Fikir la sendiri ye. Sedih la nak cerita.
Abah,orang pun simpan gambar abah, orang yang palingku sayang dalam dompet. Huhu..~
Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
~Al-Fatihah.~
Mandi Tak Sabun
“Amin! Amin dah mandi?”
“Dah.”
“Betul ke, Amin dah mandi ni? Tapi kenapa bau busuk je ni?
“Dah mandi la. Cuma tak sabun je.”
“Ha, tak sabun?”
***
Kawan
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Lalu, aku menyambung satu lagi baris ikut suka aku dan menyuruh Aisyah menyambungnya.
“Tak ada orang nak ka???”
Aisyah menyambung,“Win.”
**Senikata sebenarnya: “Tak ada orang nak kawan.” =)
Coklat Lolipop
“Mama, kawan Aisyah, Mira bagi coklat tadi. Tolong bukakan.”
Lalu, Nurul membuka coklat itu sambil menasihati Aisyah,”Aisyah jangan makan coklat, nanti gigi rosak.”
Sambil menghisap-hisap coklat itu, Aisyah berkata,”Mama, Aisyah tak makan la coklat ni, Aisyah hisap je.”
??? Hahaha..
Lagu Coklat
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Sejak dari itu, Aisyah tidak gemar makan coklat.
Bibirku
Adoi, sakitnya bibirku!! =(
Tu la.. Padan muka aku. Dah tahu bibir tu sensitif, nak juga pakai lipstik. Sebab ikut kawan-kawan pakai la masa nak pergi Perpustakaan Negara, Jumaat lepas. Aku pun sibuk nak pakai juga. Lepas tu makan kerang pula semalam, lagi la bengkak jadinya. Tengahari tadi makan sotong. Lagi la gatal bibirku. Semakin membengkak. Selongkar laci dalam bilik, nasib baik ada ubat elergik yang aku simpan untuk persediaan bila terjadi perkara macam ni. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sebab sebelum ni pun banyak kali dah terjadi. Letak je ubat tu kat bibir, terus rasa lega sikit walaupun mula-mulanya rasa pedih yang amat sangat. Tapi yang paling merisaukan aku, macam mana aku nak rakam video untuk tugasan yang Dr. Normaliza bagi. Dr. cakap, mesti penuh perasaan masa nak nyanyi nanti. Kalau tak, markah pun kurang la. Tapi, bibirku tak boleh bergerak. Nak sebut huruf u dan o pun tak boleh. Tak boleh nak bundarkan mulut. Minta-mintalah esok bibirku akan bertambah sembuh. Amin..
Saturday, July 31, 2010
Enjin 2
Enjin 1
Enjin Kereta
Kasih Sayang
Fikirkanlah
Friday, July 30, 2010
Teka-teki 7
32) Buah apakah yang tidak bertangkai?
33) Yang mengejar tidak berkaki, yang dikejar tiada berekor. Apakah itu?
34) Benda apakah yang akan naik bila hujan turun?
35) Benda apakah yang dilempar hidup, bila dipegang mati?
Teka-teki 6
27) Perkara apa kalau dah naik tak turun-turun lagi?
28) Mi apa yang boleh diletak ais?
29) Rumah apakah yang sentiasa berapi?
30) Keturunan apa yang sentiasa memakai baju berwarna kuning?
Teka teki 5
22) Van apakah yang paling orang geruni?
23) Binatang apa yang orang suka kaitkan dengan komputer?
24) Bila kita berjalan, dia berjalan. Bila kita berlari, dia berlari. Bila kita berhenti, dia berhenti. Apa itu?
25) Makanan apa yang selalu diseludup dari Siam?
Teka-teki 4
17) Apakah binatang yang berlingkar yang selalu ada di atas pokok?
18) Bangunan apa yang paling tinggi di dunia?
19) Ikan apa yang suka sakit perut?
20) Buah apa yang banyak duri?
Teka-teki 3
12) Buah tempatan apa yang ada susu?
13) Seorang buta nak menyeberang ke sebatang sungai tetapi jambatan telah roboh. Macam mana orang buta tu tahu dan patah balik?
14) Di luar tentera, di dalam bomba. Apakah itu?
15) Bank apa yang mempunyai lambang pokok?
Teka-teki 2
7) Dalam banyak-banyak cecair, cecair apa yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
8) Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
9) Masa kecil berkaki 4, bila besar berkaki 2 dan bila tua pula berkaki 3. Apakah itu?
10) Apakah binatang yang paling kaya?
Teka-teki 1
2) Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
3) Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. Maka ayam menjadi apa?
4) Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pula?
5) Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Sunday, July 18, 2010
Teguhkan Imanku
Kumohon
Kumohon padamu ya Rabbi
Kebalkan tugu hatiku
Jangan ada persimpangan
Jangan ada keliru
Riwayat hidupku
Dalam syahadah
Mengucap kalimah-Mu
Berada dalam iman-Mu.
Sebenarnya Cinta
Kau tunjukkan jalan yang satu
Pernah aku dilanda derita
Namun kau berikan bahagia
Pernah aku dalam kegelapan
Namun kau tunjukkan sinar cahaya
Pernah ku di persimpangan
Namun kau berikan pedoman
Pernahku diberikan persoalan
Namun kau berikan penyelesaian
Ku hanya mahu cinta
Cinta yang paling sempurna
Cinta agung
Cinta abadi dari-Mu
Ya Rabbi.