Selamat Datang...

Monday, September 20, 2010

Jawapan Teka-teki 1 hingga 7

1) Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang. Apakah bendanya?Bijih timah.
2) Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat.
3) Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. Maka ayam menjadi apa?Hairan.
4) Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pula?Kambing patah balik.
5) Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?Jadi basah.
6) Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan di tepinya sahaja, tengahnya tidak dimakan?Donat.
7) Dalam banyak-banyak cecair, cecair apa yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?Telur.
8) Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?Meter bas.
9) Masa kecil berkaki 4, bila besar berkaki 2 dan bila tua pula berkaki 3. Apakah itu?Manusia.
10) Apakah binatang yang paling kaya?Beruang.
11) Buah apakah yang mempunyai biji di luar?Buah gajus.
12) Buah tempatan apa yang ada susu? Tembikai susu.
13) Seorang buta nak menyeberang ke sebatang sungai tetapi jambatan telah roboh. Macam mana orang buta tu tahu dan patah balik?Orang buta tu hanya buta sebelah mata sahaja.
14) Di luar tentera, di dalam bomba. Apakah itu?Tembikai.
15) Bank apa yang mempunyai lambang pokok?BSN.
16) Apakah yang akan muncul dari dalam tanah apabila kiamat hampir tiba?Dajjal.
17) Apakah binatang yang berlingkar yang selalu ada di atas pokok?Ular.
18) Bangunan apa yang paling tinggi di dunia?Masjid.
19) Ikan apa yang suka sakit perut?Ikan kembong.
20) Buah apa yang banyak duri?Durian.
21) Rumah apakah yang berwarna putih?White house.
22) Van apakah yang paling orang geruni?Van mayat.
23) Binatang apa yang orang suka kaitkan dengan komputer?Tikus.
24) Bila kita berjalan, dia berjalan. Bila kita berlari, dia berlari. Bila kita berhenti, dia berhenti. Apa itu?Bayang-bayang.
25) Makanan apa yang selalu diseludup dari Siam?Beras Siam.
26) Buah apa apabila dibelah berbentuk seperti bintang?Belimbing.
27) Perkara apa kalau dah naik tak turun-turun lagi?Umur.
28) Mi apa yang boleh diletak ais?Milo.
29) Rumah apakah yang sentiasa berapi?Rumah api.
30) Keturunan apa yang sentiasa memakai baju berwarna kuning?Keturunan diraja.
31) Apakah benda yang selalu mati katak?Mat rempit.
32) Buah apakah yang tidak bertangkai?Buah hati.
33) Yang mengejar tidak berkaki, yang dikejar tiada berekor. Apakah itu?Ular dan katak.
34) Benda apakah yang akan naik bila hujan turun?Payung.
35) Benda apakah yang dilempar hidup, bila dipegang mati?Gasing.

Saturday, August 7, 2010

BBK 3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia

Hari pertama masuk je kelas ni, rasa cuak juga. Sebab banyak kata-kata negatif daripada yang positif pasal subjek ni. Tapi bila hari-hari kian berlalu, rasa seronok pula walaupun ada sedikit stress bila mengenangkan tugasan yang akan dibuat. Tapi.. yang pasti, aku tahu suatu hari nanti, aku akan teramat berterima kasih pada Dr. Normaliza atas segala-galanya. Terima kasih, Dr.! Jasamu amat kukenang. Love you.. =)

Monday, August 2, 2010

Hari Lahir

Hari lahir! Kebanyakan orang akan menyambut hari lahir dengan rasa gembira. Tapi tidak bagiku. Aku akan rasa sedih bila tarikh hari lahirku tiba. ~Hiba, sayu, pilu, rindu.~ Sebab bila sampainya tarikh itu, aku akan mengingati tarikh keramat yang tidak dapat aku lupakan seumur hidupku. Kalau orang lain menyambut hari lahir dengan meriah, aku di rumah sambut dengan bacaan yasin dan tahlil yang diadakan dengan penuh syahdu dan sayu.Jikalau hari ini hari lahirku, esoknya hari pemergian arwah abah untuk selama-lamanya. Tak ada siapa dapat mengubah tarikh itu dan peristiwa yang telah berlaku.
Ya, Allah! Kirimkanlah doaku kepadanya. Agar dia mendapat keberkatan dan kesejahteraan di sana. Amin Ya Rabbal Alamin.
~Doakanlah ibubapa anda sentiasa.~

Orang Yang Palingku Sayang

Peristiwa ni berlaku 2 tahun yang lalu. Kawan aku mengimbas kembali apa yang berlaku.
Kawan aku terserempak dengan abah di sekolah semasa pilihanraya sedang diadakan. Dalam keadaan penat membantu menjaga tempat peti undi, abah tetap nampak ceria. Abah yang selama ini agak pemalu orangnya, menegur kawanku itu.
“Husna, mari sini!”
“Apa dia, pak cik?”
“Nak tengok gambar girlfriend pak cik tak?”
“Isyh, pak cik biar betul ni?” Husna agak hairan.
“Betul la. Ini la orang yang sangat pak cik sayang.” Sambil menunjukkan gambar yang diletakkan di dalam dompetnya.
Nak tahu tak gambar siapa? Fikir la sendiri ye. Sedih la nak cerita.
Abah,orang pun simpan gambar abah, orang yang palingku sayang dalam dompet. Huhu..~
Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
~Al-Fatihah.~

Mandi Tak Sabun

Aku, mak dan kakak pergi melihat kebun kami yang terletak berhampiran dengan rumah abang. Abangku, Yang membawa anaknya, Amin bersama ke kebun. Kakakku yang suka bergurau bertanyakan satu soalan kepada Amin.
“Amin! Amin dah mandi?”
“Dah.”
“Betul ke, Amin dah mandi ni? Tapi kenapa bau busuk je ni?
“Dah mandi la. Cuma tak sabun je.”
“Ha, tak sabun?”
***

Kawan

Suatu hari, aku datang ke rumah kakakku, Nurul untuk berjumpa dengan anak buah kesayanganku, Aisyah. Aku meminta Aisyah menyanyikan lagu yang baru diajar oleh mamanya. Aisyah pun menyanyikan sebuah lagu dengan penuh gaya dan perasaan.
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Lalu, aku menyambung satu lagi baris ikut suka aku dan menyuruh Aisyah menyambungnya.
“Tak ada orang nak ka???”
Aisyah menyambung,“Win.”
**Senikata sebenarnya: “Tak ada orang nak kawan.” =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih

Lagu Blog