Selamat Datang...

Saturday, August 7, 2010

BBK 3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia

Hari pertama masuk je kelas ni, rasa cuak juga. Sebab banyak kata-kata negatif daripada yang positif pasal subjek ni. Tapi bila hari-hari kian berlalu, rasa seronok pula walaupun ada sedikit stress bila mengenangkan tugasan yang akan dibuat. Tapi.. yang pasti, aku tahu suatu hari nanti, aku akan teramat berterima kasih pada Dr. Normaliza atas segala-galanya. Terima kasih, Dr.! Jasamu amat kukenang. Love you.. =)

Monday, August 2, 2010

Hari Lahir

Hari lahir! Kebanyakan orang akan menyambut hari lahir dengan rasa gembira. Tapi tidak bagiku. Aku akan rasa sedih bila tarikh hari lahirku tiba. ~Hiba, sayu, pilu, rindu.~ Sebab bila sampainya tarikh itu, aku akan mengingati tarikh keramat yang tidak dapat aku lupakan seumur hidupku. Kalau orang lain menyambut hari lahir dengan meriah, aku di rumah sambut dengan bacaan yasin dan tahlil yang diadakan dengan penuh syahdu dan sayu.Jikalau hari ini hari lahirku, esoknya hari pemergian arwah abah untuk selama-lamanya. Tak ada siapa dapat mengubah tarikh itu dan peristiwa yang telah berlaku.
Ya, Allah! Kirimkanlah doaku kepadanya. Agar dia mendapat keberkatan dan kesejahteraan di sana. Amin Ya Rabbal Alamin.
~Doakanlah ibubapa anda sentiasa.~

Orang Yang Palingku Sayang

Peristiwa ni berlaku 2 tahun yang lalu. Kawan aku mengimbas kembali apa yang berlaku.
Kawan aku terserempak dengan abah di sekolah semasa pilihanraya sedang diadakan. Dalam keadaan penat membantu menjaga tempat peti undi, abah tetap nampak ceria. Abah yang selama ini agak pemalu orangnya, menegur kawanku itu.
“Husna, mari sini!”
“Apa dia, pak cik?”
“Nak tengok gambar girlfriend pak cik tak?”
“Isyh, pak cik biar betul ni?” Husna agak hairan.
“Betul la. Ini la orang yang sangat pak cik sayang.” Sambil menunjukkan gambar yang diletakkan di dalam dompetnya.
Nak tahu tak gambar siapa? Fikir la sendiri ye. Sedih la nak cerita.
Abah,orang pun simpan gambar abah, orang yang palingku sayang dalam dompet. Huhu..~
Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
~Al-Fatihah.~

Mandi Tak Sabun

Aku, mak dan kakak pergi melihat kebun kami yang terletak berhampiran dengan rumah abang. Abangku, Yang membawa anaknya, Amin bersama ke kebun. Kakakku yang suka bergurau bertanyakan satu soalan kepada Amin.
“Amin! Amin dah mandi?”
“Dah.”
“Betul ke, Amin dah mandi ni? Tapi kenapa bau busuk je ni?
“Dah mandi la. Cuma tak sabun je.”
“Ha, tak sabun?”
***

Kawan

Suatu hari, aku datang ke rumah kakakku, Nurul untuk berjumpa dengan anak buah kesayanganku, Aisyah. Aku meminta Aisyah menyanyikan lagu yang baru diajar oleh mamanya. Aisyah pun menyanyikan sebuah lagu dengan penuh gaya dan perasaan.
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Lalu, aku menyambung satu lagi baris ikut suka aku dan menyuruh Aisyah menyambungnya.
“Tak ada orang nak ka???”
Aisyah menyambung,“Win.”
**Senikata sebenarnya: “Tak ada orang nak kawan.” =)

Coklat Lolipop

Nurul baru habis bekerja, mahu mengambil Aisyah di taska belakang pejabatnya. Sampai-sampai sahaja di taska, Aisyah sudah berada di hadapan pintu gate. Apabila berada di rumah, Aisyah mengeluarkan sebatang coklat lolipop dari beg baju pakaiannya. Dia menyuruh mamanya membuka coklat itu.
“Mama, kawan Aisyah, Mira bagi coklat tadi. Tolong bukakan.”
Lalu, Nurul membuka coklat itu sambil menasihati Aisyah,”Aisyah jangan makan coklat, nanti gigi rosak.”
Sambil menghisap-hisap coklat itu, Aisyah berkata,”Mama, Aisyah tak makan la coklat ni, Aisyah hisap je.”
??? Hahaha..

Lagu Coklat

Aisyah seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Sebelum mamanya, Nurul menghantar Aisyah ke taska, dia akan merengek-rengek meminta dibelikan coklat. Nurul risau gigi Aisyah akan rosak apabila selalu memakan coklat. Suatu hari, Nurul terfikir untuk menyanyikan sebuah lagu yang akan menyebabkan Aisyah tidak selalu meminta dibelikan coklat. Lalu tiap-tiap pagi sebelum ke taska , dia akan menyanyikan lagu tersebut.
“Jangan makan coklat.”
“Nanti gigi rosak.”
“Nanti gigi busuk.”
“Mudah dapat sakit.”
Sejak dari itu, Aisyah tidak gemar makan coklat.

Bibirku

Adoi, sakitnya bibirku!! =(

Tu la.. Padan muka aku. Dah tahu bibir tu sensitif, nak juga pakai lipstik. Sebab ikut kawan-kawan pakai la masa nak pergi Perpustakaan Negara, Jumaat lepas. Aku pun sibuk nak pakai juga. Lepas tu makan kerang pula semalam, lagi la bengkak jadinya. Tengahari tadi makan sotong. Lagi la gatal bibirku. Semakin membengkak. Selongkar laci dalam bilik, nasib baik ada ubat elergik yang aku simpan untuk persediaan bila terjadi perkara macam ni. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sebab sebelum ni pun banyak kali dah terjadi. Letak je ubat tu kat bibir, terus rasa lega sikit walaupun mula-mulanya rasa pedih yang amat sangat. Tapi yang paling merisaukan aku, macam mana aku nak rakam video untuk tugasan yang Dr. Normaliza bagi. Dr. cakap, mesti penuh perasaan masa nak nyanyi nanti. Kalau tak, markah pun kurang la. Tapi, bibirku tak boleh bergerak. Nak sebut huruf u dan o pun tak boleh. Tak boleh nak bundarkan mulut. Minta-mintalah esok bibirku akan bertambah sembuh. Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih

Lagu Blog