Selamat Datang...

Saturday, December 8, 2012

Sukar Dimengerti Hati Ini(Sempena Pembentangan Proposal Seminar)

Jika sekali,
Andai dua kali,
Sekiranya tiga kali,
Boleh ku maafkan lagi.
Tapi bila sudah berkali-kali,
Makin bertambah keegoan ini,

Walau sudah kucuba,
Melepaskan rasa itu pergi,
Namun masih terkesan di hati.

Sehingga kini,
Aku sukar mengerti,
Kenapa payahnya melepaskan rasa itu pergi?
Biarpun sudah berkali-kali,
Kucuba memujuk diri,
Memaafkan sekali lagi.

Namun rasa itu menghimpit lagi,
Bila kau masih mengulangi,
Hampa benar rasa hati.


Wednesday, November 21, 2012

Di Titian Kemerdekaan

Minggu ni adalah minggu paling agak stress sikit bila kena siapkan tugasan sajak Pak Dharmawijaya. Huhu.. Hm, beberapa hari ni tidur tak lena..makan pun tak bernafsu.. Semuanya keranamu "Di Tititan Kemerdekaan". Terima kasih kepada adik Firdaus kerana pinjamkan suara untuk rakam sajak ni. Bagus lontaran suara kamu. Hehe.. Apa pun yang berlaku..kita kena happy, ok! Pedulikan semua orang.. Haha.. 
Di sini disertakan sajak yang membuatkan aku rasa bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia yang merdeka! Jangan buat huru-hara ye.. Mood : Patriotik.

 Di Titian Kemerdekaan
Dharmawijaya

Telah datang angin kemerdekaan
Melambai tanah air berlagu sentosa
Telah gemilang sumpah kerelaan
Membelai bangsa sepanjang usia.

Setiap menjelang kemerdekaan ini
Bergemalah di hati anak peribumi
Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
Keramat bangsa menentang keagungan.

Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
Di sini langit jernihmu dijunjung
Cinta kasih tiadakan retak
Meski debar sengketa melanda jantung.

Tanah air tercinta hamparan setia
Kamilah kini pewaris kemerdekaan
Seluhur suara seteguh cita
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan.



 

Sunday, November 11, 2012

Sunyi

Sepi 
Bosan
Kosong
Cuma ada rindu
Pada kenangan dulu
Yang jauh telah berlalu
Meninggalkan hari demi hari

Jauh 
Jarak 
Jurang
Pada silaturrahim
Yang pernah terjalin 
Mengeratkan hubungan waktu itu

Pergi tanpa berita
Yang ada cuma bayangan wajah
Yang masih tersimpan kemas di minda.


Wednesday, October 31, 2012

Kembali Setelah Setahun Menyepi

Semuanya gara-gara BBK3408. Dulu aku buka blog ni sebab nak dapat A je dalam subjek Kesusasteraan dalam Multimedia.. Tapi sekarang terpaksa la redha je kembali semula ke sini.. Memaksa diri untuk menulis blog balik walaupun sebenarnya malas giler.. Hehe..
Hm, tak boleh nak cakap ape la..sebab dah kena mengajar amali subjek ni.. Haha. Padan muka! Tu la dulu tak ikhlas.. Buat pun sebab semata-mata nak menyiapkan tugasan je. Tak praktikkan langsung! Sekarang kelam kabut nak belajar semua balik. Takpe2.. Pasni niat kena betul. Baru dapat pahala yang berpanjangan sebab turunkan ilmu yang kita ada pada orang lain pula. Huhu.. Semuanya Lillahi Taala. Mudah-mudahan.. Amin..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih

Lagu Blog